Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang Usahawan Kek Lapis Sarawak iaitu Pn. Mariam. Beliau mula berkecimpung secara serius dalam industri
pembuatan kek lapis pada tahun 2005 melalui jenamanya iaitu
Mariam Cakes berdasarkan pengetahuan dan kemahirannya dalam menghasilkan kek lapis yang dibuat secara suka-suka sejak tahun 1996 lagi.
 |
| Delegasi dari Pulau Pinang: Dari kiri: Roswada, Norisah, Norlia Zakaria, Pn. Mariam, Hana dan Aida |
 |
| Usahawan IKS yang berjaya |
Di kesempatan yang ada saya juga berpeluang meninjau proses pembuatan Kek Lapis Sarawak di kilangnya yang terletak di Kota Samarahan manakala kedai keknya terletak di Jalan Satok, Kuching. Sebaik sahaja menyaksikan sendiri proses penghasilannya yang agak rumit, saya perlu mengakui bahawa kek lapis ini hanya sesuai dibuat untuk tujuan komersial. Jika ingin dibuat secara suka-suka, terdapat banyak kos yang harus diambil kira terutamanya dari segi masa.
 |
| Setiap lapisan dibakar satu persatu. |
 |
| Ketuhar yang digunakan untuk menghasilkan kek lapis |
 |
| Proses menggulung kek lapis |
Menurut pembantu Pn. Mariam, para pekerjanya juga memilih untuk membeli sahaja berbanding membuat sendiri walaupun mereka mahir menghasilkan kek lapis Sarawak. Maka tidak hairanlah jika harganya juga mahal kerana proses penghasilannya adalah rumit. Apabila ditanya tentang jumlah pengeluaran kek lapis dalam sehari, dengan kekuatan tenaga kerja seramai 6 orang, mereka mampu manghasilkan lebih dari 100 biji kek lapis dengan pelbagai corak, warna dan rasa serta perlu menggandakan pengeluaran menjelang musim-musim perayaan. Dari aspek pemasaran dan peningkatan kualiti produk, Pn. Mariam telah mendapat bantuan dan sokongan daripada pelbagai agensi sokongan kerajaan seperti FAMA dan SIRIM. Menurut beliau, tidak lama lagi, produknya bakal dipasarkan di pasaran China hasil daripada bantuan kerajaan untuk membawa produk tempatan ke pasaran dunia.
 |
| Proses membentuk corak dan menggulung kek lapis |
 |
| Tidak melepaskan peluang untuk mencuba menggulung kek lapis. Mudah sahaja. :p |
Ramai juga mengetahui bahawa Dayang Salhah merupakan pengeluar Kek Lapis Sarawak yang tersohor berbanding pengeluar kek lapis yang lain. Namun Mariam Cakes mempunyai strategi dan inovasinya yang tersendiri apabila beliau hanya menumpukan kepada pengeluaran kek lapis pelbagai corak dan rekabentuk tersendiri yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Maka dengan itu muncul kek lapis dengan pelbagai corak seperti corak bunga matahari, bunga tulip, ketupat, tembikai, songket sarawak dan macam-macam lagi corak hasil keluaran Mariam Cakes yang semestinya "Kacak didiat, nyaman dimakan."
 |
| Antara corak yang dihasilkan di Mariam Cakes |
|
|
|
 |
Corak ketupat dan bunga matahari
|
________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk
D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang
I suke entry ni sbb gambar i pun ada...heehheehhee...
ReplyDeleteboleh sya minta nama, umur, alamat dan kad pengenalan anda? sbb sya nk buat kerja kursus tentang kek lapis sarawak untuk elemen 1 : orang sumber...
ReplyDeleteboleh hubungi saya menerusi email... hanahjishak@gmail.com
ReplyDeleteCara Buat Coklat - Belajar Teknik Membuat Coklat Dari Guru Coklat
ReplyDeletehttp://www.pakarcoklat.com/hop.php?ref=thensiawjang