Monday, June 6, 2011

'Update' kes Tribunal Pengguna


Sejak akhir-akhir ini, saya sibuk berkursus dan bermesyuarat. Jadi kurang kesempatan untuk menulis di blog. Walaubagaimanapun, kes tuntutan saya di tribunal tidak pernah sekali saya lupakan.

Pagi ini, saya telah menghubungi pegawai di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pualau Pinang (KPDNKK) bertanyakan status kes saya.


Syukur, alhamdulillah. Saya telah menerima berita yang positif daripada pegawai berkenaan menyatakan bahawa kes saya dalam proses pemfailan di bahagian Tribunal untuk dimajukan kepada pihak penguatkuasaan bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan. Nampaknya aduan saya mengenai penentang yang ingkar telah diberi perhatian serius oleh pihak KPDNKK.

Biarlah penentang diberi pelajaran dan pengajaran sewajarnya apabila pihak KPDNKK mula bertindak. Tertutup sudah buat penentang ruang untuk berunding.

Saya tidak mahu lagi menyesakkan fikiran saya dengan masalah ini. Biar undang-undang yang 'berbicara'.

Kita hanya tunggu dan lihat apa kesudahannya. Saya mengharapkan hak saya dipulangkan semula. InsyaAllah.

Bagi pengguna yang teraniaya, jangan hanya pasrah dan malas untuk mengambil tindakan terhadap golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. Mereka harus DIAJAR bagaimana untuk menghormati hak pengguna. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk pihak berwajib menguatkuasakan undang-undang, tidak mengapalah. Janji golongan ini tidak lepas begitu sahaja.

Kronologi cerita, baca di sini.

Hanya kepadaMu ku memohon!
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang

No comments:

Post a Comment