Tuesday, January 25, 2011

KopieSatu boleh menandingi Starbucks dan Coffee Bean


KopieSatu Semakin Menyerlah Di Dunia Kopi Istimewa

  
Oleh Mohd Azhar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Nov 2010 (Bernama) -- Kopi merupakan minuman paling dinikmati di seluruh dunia. Kenikmatan minuman ini dikongsi bersama oleh semua orang daripada pelbagai negara dan budaya.

Menurut edisi 2010 Laporan Statistik Kopi, minuman ini berada di belakang petroleum sebagai komoditi paling banyak diurusniaga di dunia, iaitu lebih kurang 400 bilion cawan diminum setiap tahun.
Minat terhadap kopi di Malaysia dapat dilihat daripada kopitiam yang kita sudah biasa dengan bau harum biji kopi yang baru digiling selepas direndang dengan dicampur gula, marjerin dan tepung, dan selepas itu dibru menjadi kopi yang pekat dan dihidangkan dengan cawan-cawan tembikar.

Sementara warga desa dan peminat kopi veteran berpuashati dengan keenakan kopi tanpa mengendahkan jenama, dan kurang memberi perhatian kepada persekitaran mereka; penduduk bandar-bandar - khasnya golongan muda yang suka bergaya - beratur panjang di francais-francais kopi seperti San Francisco, Gloria Jeans, Starbucks, dan Coffee Bean, yang menawarkan pelbagai jenis kopi berjenama bersama pelbagai perisa eksotik.

Pelanggan mewah ini kini mempunyai satu pilihan jenama tempatan iaitu KopieSatu, satu adunan kopi premium istimewa yang dicipta oleh FAMA, yang semakin boleh dilihat di bistro dan kafe popular di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Mindahana: Pertama kali saya minum KopieSatu semasa di MAHA 2010. Memang sedap!


BAGAIMANA IA BERMULA

Pada 1974, semasa industri kopi menghadapi kesukaran, FAMA membuka sebuah kilang kopi di Banting, Selangor, yang membawa harapan bagi penanam kopi di Kedah, Selangor dan Johor.

Kilang ini membeli kesemua biji kopi liberica yang dikeluarkan oleh warga tempatan, bersama biji kopi robusta yang dimport dari Indonesia dan memprosesnya menjadi serbuk kopi yang diedarkan ke kedai-kedai kopi di seluruh Semenanjung.

Operasinya kemudian diperluaskan untuk turut mengeluarkan uncang kopi 'Anggerik 3-in-1' menggunakan biji kopi robusta yang ditanam di Sabah dan Sarawak. KopieSatu adalah hasil ilham mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat satu jenama tempatan bersaing dengan tawaran kopi istimewa yang didominasi oleh francais asing di sini.

Kopi istimewa ini pula boleh dikatakan tidak dibru menggunakan mana-mana satu jenis biji kopi. Amalan lazim ialah untuk mengadun biji kopi berlainan yang berlawanan rasa untuk mendapatkan rasa yang lebih lembut.

Proses adunan, yang kini telah menjadi satu seni, mewujudkan rasa yang lebih hebat daripada setiap satu jenis kopi yang diadun itu.

"Walaupun biji Arabica adalah yang terbaik dan menawarkan rasa yang kaya dan berperisa tinggi, rahsia dalam menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri bergantung kepada proses adunan dan teknik rendang", kata Pengerusi Hab Operasi KopieSatu, Shikh Maidin Abdul Kadir kepada Bernama.

"Mencari satu lagi kopi istimewa yang mempunyai perisa serta kualiti tersendiri merupakan tugas yang sukar. Ia mengambil masa hampir tiga tahun untuk mendapatkan formula bagi adunan yang tepat serta teknik merendang untuk menghasilkan KopieSatu", tambah Shikh Maidin.

Akhirnya, KopieSatu, yang diadun daripada campuran tiga jenis biji kopi Arabica yang diimport dari Indonesia, pertama kali muncul pada 2003 bersama enam menu kopi.
PERKENAL RASA KEPADA ORANG RAMAI

KopieSatu diperkenalkan kepada umum di konvensyen-konvensyen kebangsaan dan peringkat negeri serta pameran seperti Hari Petani, Penternak dan Nelayan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian.

Lima karavan muncul bersilih ganti untuk mempromosi KopieSatu di Semua House di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur; kampus UIAM di Gombak; kampus UPM di Serdang; serta Pasar Tani di Shah Alam, Kelana Jaya dan Putrajaya.

Untuk mengukur penerimaan antarabangsa, minuman ini juga dihidangkan pada acara sukan bermotor antarabangsa dan acara-acara sukan, termasuk pameran antarabangsa seperti acara dwi-tahunan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

Mindahana: Konsep Kopie Satu yang dijual di atas karavan merupakan satu strategi pemasaran yang dinamik dan proaktif dalam usaha untuk memperkenalkan jenapa KopieSatu di pasaran.

Di ibu pejabatnya, FAMA menjalankan sesi ujian rasa bersama pakar-pakar peras kopi dan para diplomat untuk mendapatkan pendapat mereka berhubung perisa, warna dan aroma pelbagai kopi istimewa. Minuman ini menerima sambutan baik daripada mereka.

Hasil daripada penyelidikan insentif dan pembangunan produk, KopieSatu kini dihidangkan dalam 23 menu dengan slogan "Keenakan Rasa Untuk Anda"

GALAK PENYERTAAN BUMIPUTERA

"Sebagai satu inisiatif untuk membangunkan sebuah pasaran bagi kopi Malaysia dan menggalakkan industri pertanian tempatan, KopieSatu merupakan platform paling baik untuk menceburi industri kopi bagi usahawan Bumiputera yang terbabit dalam industri kecil dan sederhana", kata Pengerusi FAMA Datuk Paduka Haji Badruddin Amiruldin di pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara di Bandar Sunway, baru-baru ini.

Restoran Seri Bidara merupakan kedai makan pertama untuk menawarkan keseluruhan 23 galeri menu KopieSatu. Pemiliknya berusia 23-tahun Ahmad Shafeez Ibrahim, yang berkelulusan diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Seni Masakan, merancang untuk membuka lima lagi kedai kopi yang sama dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan KopieSatu, FAMA telah menyediakan tiga mod penyertaan yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan berbeza bagi mereka yang berminat dalam perniagaan minuman kopi.

Mereka yang baru mahu bermula mempunyai pilihan sama ada untuk melabur dalam satu warung tetap yang memerlukan pelaburan sebanyak RM35,000, atau pelaburan RM150,000 bagi karavan bergerak.

Selain daripada kiosk atau kenderaan bermotor dan pengubahsuaian bagi karavan; kos itu turut mengambil kira pakaian seragam, mesin untuk bru kopi, peralatan lain, dan latihan intensif seminggu bagi dua orang, yang dijalankan di Pusat Hab Operasi KopieSatu FAMA di Puchong.

Mereka yang sudahpun mempunyai kedai hanya perlu melabur RM30,000 bagi peralatan, pakaian seragam serta latihan sebelum mereka boleh menghidangkan KopieSatu di permis perniagaan mereka.

Bukan seperti jenama kopi gourmet yang lain, usahawan KopieSatu tidak dikenakan bayaran deposit francais yang tinggi.

Untuk memastikan setiap bru itu unggul dan kepuasan pada setiap cawan, kesemua kedai KopieSatu dilengkapi secara profesional Mesin Espresso Mairali yang dikilangkan di Singapura di bawah lesen Quality Espresso di Sepanyol. Bersama pakej pelaburan yang menarik ini, FAMA telah menetapkan sasarannya untuk mewujudkan 50 orang usahawan KopieSatu menjelang hujung tahun ini.

KopieSatu JELAS MENYERLAH

Dalam gaya hidup pesat hari ini, menikmati segelas kopi panas yang menyegarkan sambil membaca buku, mendengar muzik yang diminati atau berbual bersama rakan-rakan karib; mungkin sesuatu yang begitu hebat rasanya. Dengan lebih ramai pengguna menemui tahap kualiti dan perisa pada KopieSatu, banyak pertanyaan diterima daripada pelabur dan usahawan yang berminat.

Selain daripada itu operasi peruncitan sedia ada merentasi kawasan-kawasan perumahan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; termasuk agro-bazaar di kawasan R&R di sepanjang lebuh raya PLUS, FAMA telah menerima permintaan daripada Terengganu, Kelantan, Johor dan Sabah.

Terdapat rancangan untuk memperkenalkan KopieSatu di luar negara. Menurut Shikh Maidin, rundingan untuk memulakan sebuah kedai Kopiesatu di Perth, Australia sedang dijalankan.

"FAMA akan mencari jalan bersama Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk menggunakan kelebihan daripada Kempen Global Dapur Malaysia dan memperkenalkan KopieSatu di arena antarabangsa", kata Badruddin.

Sementara itu, mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan KopieSatu boleh sama ada menghubungi terus ibu pejabat FAMA di 03-61262020 atau Pusat Operasi Hab FAMA di Puchong Jaya di 03-58824172.

Sumber: Berita Fama


MindaHana: Malaysia Boleh! Jenama Malaysia juga mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa. Belilah barang buatan Malaysia. Saya memang suka minum kopi. ;)

8 comments:

  1. mcm best je an kopi ni..tp nape mcm xpenh dgr je pasl kopi nie...

    ReplyDelete
  2. sekarang kopi ni sedang giat menjalankan promosi supaya lebih dikenali di kalangan rakyat malaysia....saya belum pernah jumpa cafe Kopiesatu, tapi pernah tengok karavan Kopiesatu...dah try...sedap la..ada potensi untuk terus berkembang pesat.. :)

    ReplyDelete
  3. ohh mcm tu..xper lar an..insyaallah lau ade rzki,bolh g jauh lg kopi nie..yelar an,secra x lgsg sbnr yer blh menaik an prodk buatn ank watan sndri ke mata dunia..

    ReplyDelete
  4. Malaysian / Muslim should support all bumiputra product or halallan toyyiban product........another muslim entrepreneur FYI........http://aquamalaysia.blogspot.com/

    Thanx hana 4 dis info sharing

    ReplyDelete
  5. Siti Noor Izawanee MasranApril 7, 2011 at 12:30 PM

    hana..kopie satu ni boleh di dapati di agrobazaar FAMA ...contohnya di air keroh, melaka...

    ReplyDelete
  6. Wanee and Ct Noor, thanks for info. :)

    ReplyDelete
  7. pergi link www.kopiesatu.com.my

    ReplyDelete
  8. cafe franchais terbaru kopieSatu telah di buka di Bandar Jerantut,Pahang Darul Makmur, bersebelahan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut dan Kolej Komuniti Jerantut.... Sila kunjungi beramai-ramai..

    ReplyDelete