Tuesday, February 19, 2013

Tercari-cari idea perniagaan?




Bagi sesiapa yang sedang tercari-cari idea untuk menjalankan perniagaan, anda boleh meluangkan masa dengan melayari laman sesawang ini : BIZYMOMS.COM 

Terlalu banyak idea perniagaan yang boleh dikomersialkan oleh individu yang ingin bergelar usahawan.

Selamat Maju Jaya. :)

____________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Saturday, February 16, 2013

Hukum Melukis Inai


Ada sebilangan pendakwah berpendapat melukis inai di tangan adalah haram kerana menyamai tatu berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w melaknati orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu (al-Wasyimah) dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim)

Persoalannya, adakah benar melukis inai di tangan sama seperti melukis tatu?

Perbahasan mengenai isu ini, saudara/i boleh teruskan pembacaan di blog Aburuqayya

Menurut Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed di dalam artikel tulisannya yang bertajuk 'Apakah Hukum Melukis Inai di Telapak Tangan?', beliau menjelaksan bahawa melukis inai pada telapak tiada nas atau dalil yang mengharamkannya dan ia juga merupakan adat masyarakat Melayu yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah Baginda SAW, maka ianya boleh diamalkan di sisi syarak.

Kesimpulannya, berdasarkan kaedah fiqh, selagi tiada nas yang mengharamkan perbuatan ini (mekuis inai), maka hukum asalnya adalah harus mengikut syarak.

Namun demikian umat Islam perlulah mematuhi beberapa peraturan dalam bab melukis inai.

1) Melukis inai hanya untuk kaum wanita sahaja
2) Terhad di sekitar telapak tangan sahaja. Tidak melibatkan behagian anggota badan yang lain
3) Tiada lukisan yang berbentuk makhluk bernyawa sepeti, manusia dan haiwan atau yang berbentuk makhluk ghaib seperti hantu dan sebagainya.
4) Lukisan inai hanya terhad kepada corak, bunga atau tumbuh-tumbuhan. Tidak melibatkan corak yang berbentuk simbol atau lambang tertentu yang bertentangan dengan syiar Islam
5) Bentuk lukisan itu tidak menghina individu atau kaum-kaum tertentu dan sebagainya.

Mindahana telah kembali....

p/s: Alhamdulillah, saya telah selamat diijabkabulkan pada 24 Disember 2012 yang lalu. Syukur kepada Allah segala-galanya dipermudahkannya. Alhamdulillah :)
___________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini. Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Friday, October 5, 2012

3 Tabiat Kewangan Sihat


Oleh: Irfan Khairi

Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan?

Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 3 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!



1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu

Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!

Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!

Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.

Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.



2. Tabiat menjejak wang masuk dan keluar

Kekayaan bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan RM15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!

Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;) Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.

Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.  Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.


3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.

Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

Aliran pendapatan boleh terdiri pelbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya.

Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!
 
_________________________________

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tuesday, October 2, 2012

Majlis Perkahwinan: Perkara yang perlu difikirkan

Assalamualaikum...

Lamanya saya tidak mengemaskini 'Mindahana'. Walhal banyak perkara yang ingin dikongsi bersama anda.

Baiklah, untuk entri kali ini, saya ingin mengupas suatu isu yang sememangnya harus difikirkan oleh bakal-bakal pengantin supaya majlis perkahwinan yang dirancang rapi itu bukan sahaja meriah tetapi diberkati Allah Taala. InsyaAllah.

Sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha untuk menghindari perkara yang dimurkai Allah.

Pengantin perempuan masih lagi mendedahkan auratnya

Antara perkara berikut perlu diberi perhatian;

1) Gambar Perkahwinan: Sebelum dan Selepas Akad Nikah

Gambar sebleum nikah (pre-wedding) yang biasa dirakamkan oleh pasangan masa kini sebagai kenang-kenangan adalah diharuskan dengan syarat gambar yang dirakam itu:
  • tidak mendedahkan aurat
  • tiada aksi-aksi intim yang boleh mengairahkan orang yang melihatnya (gambar tersebut)
  • tidak bersentuhan lelaki perempuan
  • masih menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
Manakala bergambar selepas nikah pula adalah diharuskan juga dengan syarat:
  • pakaian pengantin perempuan menutup aurat secara keseluruhannya
  • tida aksi-aksi intim seperti peluk, cium yang agak menghairahkan kecuali jika jurufoto tersebut merupakan muhrim kepada pengantin perempuan.
Ketahuilah pasangan mempelai dua merpati sekalian, jika berlaku juga perkara yang disebutkan di atas, maka hukumnya adalah HARAM

Saya suka busana pengantin yang dipakai Irma Hasmie, sopan, ringkas dan menutup aurat. Sekadar peluk pinggang tidaklah sampai menggairahkan bagi sesiapa yang memandang tapi mengundang rasa cemburu, mungkin ada. Untunglah... ;p

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


2) Jurumekap Majlis Akad Nikah dan Perkahwinan

Ramai yang berpendapat, didandan oleh juru mekap 'maknyah' @ 'pondan' @ 'darai' @ 'abang aw' dan sebagainya lebih cantik berbanding jurumekap wanita. Namun begitu hakikatnya mereka tetap ajnabi kepada pengantin perempuan. Maka hukumnya adalah HARAM menggunakan khidmat jurumekap golongan ini kerana membiarkan lelaki bukan muhrim melihat aurat pengantin perempuan dan merelakan wajahnya disentuh oleh mereka. Hal ini tidak perlu dikupas panjang lebar kerana semua umat Islam tahu bahawa lelaki ajnabi (bukan muhrim) haram bersentuhan dengan perempuan. 

Setakat ini dahulu yang sempat dicoretkan...
Entri seterusnya Hukum Berinai.

Kesimpulannya:

Ambillah jurufoto wanita atau yang muhrim dengan pengantin perempuan. Kalau jurufoto lelaki, maka pasangan pengantin harus menjaga tatasusila sebagai muslim dan muslimah sejati. (Jika hal ini disedari oleh umat Islam, maka peluang perniagaan terbuka luas kepada wanita yang ingin berkecimpung secara serius dalam bidang fotografi. Akan ada permintaan yang tinggi terhadap jurugambar wanita di kemudian hari)

Manakala bagi jurufoto yang merakamkan gambar pengantin yang terdedah auratnya, mereka juga turut berdosa kerana telah menyumbang kepada perbuatan maksiat. Saham dosa ini juga turut terkena kepada pereka busana pengantin yang mereka pakaian yang mendedahkan aurat.

Upahlah jurumekap wanita. Berdandanlah seadanya dan cuba elakkan tabarruj (berlebih-lebih dalam berhias)

-Wallahua'lam-

____________________________________

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Friday, July 27, 2012

Adab tidur menurut Islam dan Sains


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di dunia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dihayati dengan sebaiknya".

Tatkala tiba bulan Ramadhan, kita semua sedia maklum bahawa setiap amalan baik yang dilakukan dalam bulan tersebut adalah ibadah malah pahalanya berlipat kali ganda. Namun menurut Ustaz Zaharuddin ada beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh umat Islam antaranya ialah amalan tidur di siang hari dikatakan suatu ibadah maka ada yang mengambil kesempatan untuk tidur sahaja sehingga mengabaikan segala pekerjaan rutin. Maka tidur itu bukanlah suatu ibadah lagi.

Sebenarnya tidur yang dikatakan suatu ibadah itu adalah tidur seketika bagi merehatkan minda supaya kita dapat meneruskan pekerjaan kita dengan lancar. Selain itu, bagi mendapatkan tidur yang berkualiti, Islam telah menggariskan adab-adab ketika tidur supaya amalan tidur itu merupakan suatu amalan yang sihat. Ternyata Islam merupakan agama yang syumul kerana dalam aspek tidur pun, Islam ada disiplinnya yang tersendiri.

Diriwayatkan daripada Barra-barra bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:


إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan.

Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-


1) Tidur dengan meniarap



Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

  • Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

  • Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

  • Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-Hasan Lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)


2) Tidur menelentang



Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


3) Tidur mengiring ke kiri



Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


4) Tidur yang terbaik



Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Sumber: tajdidislam.blogspot.com (dipetik dari terbaik.com)

____________________________________

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Wednesday, June 20, 2012

Antara Sebab Mengapa Rezeki Susah 'Nak Masuk'.

Mari kita perbaiki kelemahan diri jika kita berada dalam kategori di bawah. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengurniakan rezeki yang halal kepada kita semua. InsyaAllah.



1) Gemar mengungkit-mengungkit pemberian.
2) Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3) Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4) Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.
5) Riak bila bersedekah.
6) Banyak berbuat  maksiat / kemungkaran.
7) Tidak / kurang beristighfar.
8) Tidak bersyukur / banyak mengeluh.

- Ustaz Don -

Astaghfirullahalazim....
____________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.

Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Thursday, May 31, 2012

Forum Bersama Pakar Air Bertauliah Daripada WQA


Tahukah anda 2/3 daripada badan manusia terdiri daripada H2O? Maka peranan air dalam kehidupan manusia sangat penting kerana tanpa air, manusia tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.

Mingguan Malaysia 16 April 2006,
Pada pendapat anda, adakah pada tahun 2012 Sungai Juru
lebih bersih atau lebih tercemar???
Sungai merupakan salah satu sumber bekalan air terhadap manusia.  
Kita juga digalakkan meminum air putih yang banyak setiap hari bagi mengekalkan tahap kesihatan yang  baik. Justeru untuk tujuan itu, kita seharusnya tahu dan faham mengenai kualiti air yang diminum setiap hari serta peranan air terhadap fungsi tubuh manusia. Jika kita faham mengenai perkara ini insyaAllah, kita dapat memelihara kesihatan diri dengan baik kerana badan kita akan bertindak balas terhadap apa yang kita makan dan minum setiap hari.

Kita juga perlu sedar bahawa air yang kita minum setiap hari mungkin selamat tetapi tidak semestinya sihat untuk suatu jangka masa yang panjang. Analogi mudah begini: jajan (junk food) adalah selamat untuk dimakan tetapi tidak sihat jika dimakan selalu. Maka bagaimanakah pula dengan kualiti air minuman kita?


Michael R. Long, Pakar Air Bertauliah VII (Peringkat Tertinggi)

Atas dasar memenuhi tanggungjawab sosial dengan  memberikan kesedaran serta pengetahuan terhadap masyarakat Malaysia, Elken Sdn. Bhd. telah menganjurkan:

Program:
Sesi Forum Bersama Pakar Air Bertauliah Daripada Persatuan Air Sedunia (WQA)

Speaker:
1) Michael R . Long, Pakar Air Bertauliah CWS-VI
2) Alvin Teng, Pakar Air Bertauliah CWS-II
3) Chew Wai Soon, Pakar Air Bertauliah CWS-II

Tarikh:
03/06/2012 (Ahad)

Masa:
12.30pm~6.00 pm

Tempat:
Pearl View Hotel, Seberang Jaya

Yuran:
RM8

Door Gift:
Probyo (suplemen untuk kesihatan usus) dan sebotol RO water

Orang ramai dijemput hadir bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan diri dan keluarga. Sila hubungi Cik Farhana 0194729600 atau Pn. Rozita 0194526569 untuk mendapatkan tiket masuk.

Peliharalah kesihatan kita dan keluarga bermula hari ini secara konsisten. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Wallahualam.
____________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.

Hidup Biar Berjasa! (",)

Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Monday, April 30, 2012

Setiap wanita terdedah kepada Kanser Pangkal Rahim

Sedarkah anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,00 nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Dalam konteks Asia, sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143,000 kematian.

Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan.

Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat kanser ini dan 80 peratus pesakit dikesan pada tahap akhir.

Kebanyakan kes kanser pangkal rahim disebabkan sejenis virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus (HPV). Ia disebarkan melalui hubungan seks. Virus itu akan menyerang sel-sel pada rahim sebelum menyebabkan perubahan pada sel-sel selular dan menjadi berbahaya.

HPV ialah satu kumpulan virus yang terdiri daripada lebih 100 virus saling berhubung kait. Ia juga dipanggil papillomaviruses kerana sesetengah daripada jenis virus itu boleh mengakibatkan ketumbuhan atau papiloma yang tidak berbahaya. Misalnya, virus yang menyebabkan kutil biasa di tangan dan kaki.

Namun, ia akan menjadi berbahaya apabila ketumbuhan berlaku di bahagian tengkorak atau genital (organ pembiakan).

Sekiranya dirawat, jangkitan HPV akan hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan penyakit yang berisiko meragut nyawa.

Tetapi pendedahan lama tanpa merujuk kepada doktor akan menyebabkan perubahan dalam sel. Inilah yang meningkatkan risiko wanita terdedah kepada kanser pangkal rahim.


Punca Kanser Pangkal Rahim

Menjelaskan tentang kanser pangkal rahim, Pakar Runding Obstetrisian dan Ginekologi Pusat Perubatan Pakar Pantai Klang, Selangor, Dr. S. Jeevaretanam berkata, mereka yang sering bertukar pasangan seks berisiko dijangkiti HPV.

Selain itu, mereka yang melakukan hubungan seks seawal usia 16 tahun turut berisiko.

"Wanita yang mempunyai tabiat merokok, melakukan hubungan seks dengan lelaki yang sering bertukar pasangan, penggunaan kontraseptif oral dalam jangka masa yang lama dan obesiti antara berisiko dijangkiti HPV. Bagaimanapun, terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan virus tersebut yang sekali gus mencegah serangan kanser pangkal rahim.

Ia juga dapat mencegah lebih daripada 70 peratus jangkitan virus dan kanser itu," tambahnya. Dalam pada itu, timbul juga isu sama ada pemberian vaksin HPV secara percuma untuk pelajar berumur 13 tahun menggalakkan seks usia muda.


Langkah Pencegahan

Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan berusaha memberi kesedaran kepada rakyat tentang kanser ini.

Vaksin HPV sebenarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai pencegahan awal.

Selain mengambil vaksin yang sesuai untuk mencegah jangkitan virus HPV, pemeriksaan Pap Smear juga digalakkan supaya langkah pencegahan diambil lebih awal. Dr. S. Jeevaretanam menjelaskan, pemeriksaan Pap Smear adalah kaedah mudah melihat sebarang perubahan pada sel-sel yang dalam pangkal rahim.

"Semua wanita digalakkan melakukan ujian Pap Smear diikuti pemeriksaan pelvik. Ujian tersebut perlu dibuat dalam tempoh masa tiga tahun setelah mempunyai hubungan seksual ataupun sudah pun berusia 21 tahun.

Ujian seperti itu merupakan perlindungan terbaik bagi menghalang wujudnya virus yang mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang," tambahnya.


____________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini. Hidup Biar Berjasa! (",) Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Thursday, April 19, 2012

MindaHana is coming back!!! :-)

Assalamualaikum.

Selamat Pagi!!!! Apa Khabar??? Luar biasa.... :))

Hai lamanya saya tak kemaskini mindahana! Rindunya saya pada mindahana tak dapat dibendung lagi. :p
InsyaAllah selepas ini, saya akan cuba untuk kemaskini mindahana sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Tapi kata Irfan Khairi, kalau nak menjana pendapatan pasif melalui blog, kena rajin kemaskini sekurang-kurangnya satu entri setiap hari.

Hmmm, saya anggap ini sebagai cabaran walaupun sebenarnya saya tidaklah mensasarkan pendapatan yang lumayan menerusi iklan di blog tetapi tak salah sambil menyelam minum air. Yedak? :)  Sekurang-kurangnya ia menjadi satu motivasi untuk terus aktif dalam dunia penulisan blog. Terlalu banyak perkara dan isu yang saya ingin coretkan di sini. Saya tahu saya perlu curi masa untuk melakukan hobi ini.

Sepanjang tempoh saya menyepikan diri daripada dunia blog, saya sebenarnya sibuk dengan pelbagai aktiviti rasmi, peribadi dan perniagaan. Bila kita menyibukkan diri kita, kita dapat merasakan masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan April. Bila saya imbas kembali, April tahun lepas saya sedang giat mempromosikan D'Hana Homestay.Alhamdulillah D'Hana Homestay pun menunjukkan perkembangan yang positif sehingga kini. :)

Ratu Cantik Gemuk? Cantik tu nombor dua, yang penting sihat! Setuju?  
Tahun ini, di samping mengekalkan prestasi D'Hana Homestay, saya ingin lebih memfokuskan kepada gaya hidup sihat, cergas, cantik dan bahagia kerana sepanjang tahun lepas, saya telah mengabaikan aspek tersebut sehingga berat badan saya naik mendadak. Saya tidak perasan sehingga ditegur oleh rakan-rakan sepejabat yang terkejut dengan perubahan saya. Ya Allah, saya mula sedar yang saya kini diambang penyakit. Yalah, kalau gemuk, kita mudah dihinggapi penyakit. Penyakit yang paling ingin saya hindari adalah MALAS! Malas bergerak, malas bangun, malas bersenam itu, malas ini. Yalah, dah badan berat, jadi pergerakan badan menjadi kurang cergas. Oh, tidak! Saya ingin sentiasa sihat dan cergas selalu. Jadi kempen untuk tahun ini ialah SAYA SIHAT, CERGAS, BIJAK, CANTIK DAN BAHAGIA. Jom sertai kempen ini!. :)))
_________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang

Thursday, January 12, 2012

Usahawan Kek Lapis Sarawak

Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang Usahawan Kek Lapis Sarawak iaitu Pn. Mariam. Beliau mula berkecimpung secara serius dalam industri pembuatan kek lapis pada tahun 2005 melalui jenamanya iaitu Mariam Cakes berdasarkan pengetahuan dan kemahirannya dalam menghasilkan kek lapis yang dibuat secara suka-suka sejak tahun 1996 lagi.

Delegasi dari Pulau Pinang: Dari kiri: Roswada, Norisah, Norlia Zakaria, Pn. Mariam, Hana dan Aida


Usahawan IKS yang berjaya

Di kesempatan yang ada saya juga berpeluang meninjau proses pembuatan Kek Lapis Sarawak di kilangnya yang terletak di Kota Samarahan manakala kedai keknya terletak di Jalan Satok, Kuching. Sebaik sahaja menyaksikan sendiri proses penghasilannya yang agak rumit, saya perlu mengakui bahawa kek lapis ini hanya sesuai dibuat untuk tujuan komersial. Jika ingin dibuat secara suka-suka, terdapat banyak kos yang harus diambil kira terutamanya dari segi masa. 

Setiap lapisan dibakar satu persatu.
Ketuhar yang digunakan untuk menghasilkan kek lapis
Proses menggulung kek lapis

 Menurut pembantu Pn. Mariam, para pekerjanya juga memilih untuk membeli sahaja berbanding membuat sendiri walaupun mereka mahir menghasilkan kek lapis Sarawak. Maka tidak hairanlah jika harganya juga mahal kerana proses penghasilannya adalah rumit. Apabila ditanya tentang jumlah pengeluaran kek lapis dalam sehari, dengan kekuatan tenaga kerja seramai 6 orang, mereka mampu manghasilkan lebih dari 100 biji kek lapis dengan pelbagai corak, warna dan rasa serta perlu menggandakan pengeluaran menjelang musim-musim perayaan. Dari aspek pemasaran dan peningkatan kualiti produk, Pn. Mariam telah mendapat bantuan dan sokongan daripada pelbagai agensi sokongan kerajaan seperti FAMA dan SIRIM. Menurut beliau, tidak lama lagi, produknya bakal dipasarkan di pasaran China hasil daripada bantuan kerajaan untuk membawa produk tempatan ke pasaran dunia.

Proses membentuk corak dan menggulung kek lapis

Tidak melepaskan peluang untuk mencuba menggulung kek lapis. Mudah sahaja. :p

Ramai juga mengetahui bahawa Dayang Salhah merupakan pengeluar Kek Lapis Sarawak yang tersohor berbanding pengeluar kek lapis yang lain. Namun Mariam Cakes mempunyai strategi dan inovasinya yang tersendiri apabila beliau hanya menumpukan kepada pengeluaran kek lapis pelbagai corak dan rekabentuk tersendiri yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Maka dengan itu muncul kek lapis dengan pelbagai corak seperti corak bunga matahari, bunga tulip, ketupat, tembikai, songket sarawak dan macam-macam lagi corak hasil keluaran Mariam Cakes yang semestinya "Kacak didiat, nyaman dimakan."

Antara corak yang dihasilkan di Mariam Cakes


Corak ketupat dan bunga matahari

________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini. 
Hidup Biar Berjasa! (",) 
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang

Friday, December 16, 2011

RM 150,000!!!Jom Guna Touch n Go dan Menang




Maklumat lanjut layari www.touchngo.com.my
___________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Hidup Biar Berjasa! (",)
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang

Wednesday, December 7, 2011

Alahai kasihannya, masih di takuk lama?



Nampaknya penghujung tahun 2011 benar-benar menuntut komitmen saya terhadap karier yang sedang mengeluarkan bunga sebelum berbuah ranum. Alhamdulillah, rezeki Allah. Komitmen itu membuatkan saya sepi seketika dalam dunia penulisan blog sehingga tidak berkesempatan untuk mengemaskini 'mindahana' walaupun sebenarnya terlalu banyak perkara di minda ini yang ingin dikongsi dengan anda semua.


o
Kemajuan: Daripada meniarap, merangkak,  bertatih , berjalan dan akhirnya berlari.
Suatu contoh kemajuan dan peningkatan.
Adakah kita masih bertatih? Dimanakah kita kini?


Masa yang  berlalu begitu pantas. 2011 bakal melabuhkan tirai maka muncul 2012. Namun tahun hijrah telah mendahului tahun masihi. Hari ini telah genap 11 hari dalam bulan Muharam. Masa terus berlalu.

Jom kita semak diri apa kemajuan atau peningkatan diri yang telah kita buat sepanjang tahun 2011. Masih di takuk lama atau menunjukkan peningkatan dalam hidup? Apakah pencapaian kita sepanjang tahun ini?

Apa yang pasti, umur makin meningkat dewasa. Pemikiran harus seiring  dengan peningkatan usia. Kalau pemikiran lebih maju berbanding usia, memang orang itu boleh dikategori bijak bistari seperti Imam Syafie. Untunglah jika kita dilahirkan dengan kecerdasan akal fikiran yang baik. Perlu bijak menggunakan kecerdasan akal supaya anugerah Allah itu dimanfaatkan sebaiknya.

Yang pasti, hidup mesti lebih fokus. Hidup mesti ada matlamat dan tujuannya. Jangan umur dah cecah 30 tahun, baru sedar tentang erti hidup. Ya Allah, 30 tahun kita bazirkan hidup tanpa arah tujuan yang jelas. Umpama hidup segan mati tak mahu lagaknya. Tiada secalit sumbangan kepada agama, keluarga bangsa dan negara. Hidup umpama melukut di tepi gantang. Nauzubillah.

Kata Prof Dr. Muhaya, seorang pakar mata dan juga motivasi, "kalau nak kaya kena suka dengan orang kaya. Bukannya dengki dan berburuk sangka. Jadikan orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi." Barulah fikiran kita sentiasa fokus pada kejayaan dan tanpa kita sedar, perjalanan hidup kita akan terdorong ke arah apa yang kita sentiasa fikirkan.

Tak percaya? Langkah pertama yang kita perlu lakukan adalah dengan membetulkan cara kita berfikir.

Justeru, sentiasalah berfikiran positif. Buang yang keruh ambillah yang jernih. Kalau tahun ini penuh dengan musibah dan kedukaan, ambil iktibar dan lupakan sahaja! Buka buku baru. Tanamkan azam dan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari semalam.

Kata prof lagi bagaimana hendak mengukur sama ada kita ini lebih baik dari semalam atau tidak, senang sahaja. Cuba lihat, hari ini jam berapa kita bangun solat Subuh berbanding hari semalam. Kalau hari ini bangun untuk mengerjakan solat Subuh lebih awal berbanding hari semalam, ya satu pencapaian telah dilakukan pada hari ini dan sebaliknya.


Maka untuk melakukan transformasi diri tidak perlu menunggu tahun baru, awal tahun dan sebagainya. Lakukan transformasi diri sekarang kerana tiada siapa yang mampu menentukan adakah kita masih bisa bernafas untuk detik yang seterusnya.

Apa yang perlu ialah kesungguhan untuk berubah menjadi yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Wallahua'lam.
  ____________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.

Hidup Biar Berjasa! (",)

Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang



Tuesday, December 6, 2011

PSP Juara Pertandingan RP Peringkat KPTM 2011

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan yang tidak berpenghujung, belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Politeknik Seberang Perai yang terdiri daripada pelajar Diploma Pengajian Perniagaan semester lima kerana telah berjaya meraih Johan bagi Pertandingan Persembahan Rancangan Perniagaan Peringkat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi 2011 yang telah berlangsung pada 29 hingga 30 November 2011 di Politeknik Port Dicson. 


Kemenangan mereka di peringkat Zon Utara yang telah mengalahkan pasukan dari POLIMAS (Poli Jitra), PTSS (Poli Arau), dan PTSB (Poli Kulim) telah melayakkan mereka untuk terus bertanding ke peringkat seterusnya. 


Di peringkat kebangsaan, mereka telah berjaya mengalahkan pasukan dari Politeknik Behrang yang memperoleh tempat kedua, Politeknik Hulu Terengganu yang memperoleh tempat ketiga, Politeknik Port Dickson,  dan Politeknik Kota Kinabalu. Siapa sangka idea perniagaan mereka mampu untuk berdaya maju dan mendapat pujian serta sokongan daripada ramai pihak terutamanya juri dari SME Corp. 


Antara idea perniagaan yang dipertandingkan ialah cakoi (PSP), bag pelbagai guna (Poli Behrang), tempura keropok lekor (Poli Hulu Terengganu), perkhidmatan dobi (Poli Port Dickson) dan perkhidmatan menyelam (Poli Kota Kinabalu).


Selain meraih juara, Muhammad Syahmie Syariff, peserta dari PSP telah dinobatkan sebagai pembentang terbaik keseluruhan. Manakla di peringkat Zon Utara, Muhammad Zul Asyraf, juga dari PSP turut dinobatkan sebagai pembentang terbaik. Nah! Ternyata pasukan dari PSP memang hebat. 


Untuk makluman, Mr. & Ms. Cakoi telah melalui proses saringan di peringkat PSP yang telah menyaksikan 40 buah kumpulan bertungkus-lumus mempersembahkan idea perniagaan masing-masing bagi melayakkan mereka mewakili PSP untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Ternyata tuah berpihak kepada Mr. & Ms. Cakoi dan mereka sememangnya layak untuk membawa nama PSP ke peringkat kebangsaan.

Tahniah Mr. Ms Cakoi!!! Saya turut berbangga atas kejayaan pasukan ini sekaligus telah mengharumkan nama Jabatan Perdaganagn, PSP kerana mereka sering ditanya oleh penonton dari jabatan manakah dan sedang mengikuti program apa di PSP.


Ternyata pelajar PSP memang hebat! 


Alhamdulillah, penat lelah mereka sebelum ini membuahkan hasil. :)

Anda telah mengharumkan nama Jabatan Perdagangan, PSP. Syabas!

Bergambar kenangan bersama para juri profesioanl yang terdiri daripada agensi sokongan kerajaan seperti
MARA, SME Corp, Konsultan RP dan UNiSEL

Dari kiri: Zul Asyraf, Syahmie, dan Hafez.
Barisan anak muda yang berjiwa kental dan mempunyai daya inisiatif yang tinggi. Bagus!
Sebelum pertandingan, Chef Hafez sibuk menguli adunan Cakoi yang telah diberi sentuhan inovasi oleh mereka.


Inilah hasilnya! Cakoi versi Mr. & Ms. Cakoi!
(Jari saya je yg berjaya dirakamkan... ;p)
Sekali lihat pun sungguh menyelerakan apatah lagi bila dimakan. Buat pertama kalinya saya suka makan cakoi.
Sedap! lebih-lebih lagi apabila dimakan ketika panas-panas.
Pergh! Kelembutan dan kerangupannya jelas terasa. Kelazatannya terserlah.


"Tahniah! Suatu persembahan yang mantap, ringkas dan padat."
Komen  juri kepada  pasukan Mr. & Ms. Cakoi.


Peringkat Zon Utara: Bagi juri rasa kelazatan Cakoi
Puas hati: Pensyarah pengiring dan Pengurus Pasukan PSP merangkap penyelia projek serta jurugambar. :)




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.


Hidup Biar Berjasa! (",)


Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang

Monday, October 31, 2011

Tidak perlu menengking, ok?

Hari Ahad lepas, sedang saya berjalan-jalan di suatu tempat awam, tiba-tiba saya terdengar tengkingan seseorang kepada seseorang yang lain. Tengkingannya amat kuat sehingga menyebabkan saya terpinga-pinga. Kenapa? Saya cuba memasang telinga untuk mendengarkan butir bicara pertelingkahan mereka berdua. Jerkahan itu pasti menyebabkan orang di sekeliling berasa ingin tahu apakah punca orang itu terlalu marah kepada yang seorang lagi.

Kawal marah anda. Marahlah secara berhikmah. Ada caranya. Biar marah disebabkan sayang bukan untuk menjatuhkan air muka seseorang.


Setelah diamati, saya dapati yang menengking itu umurnya jauh lebih muda daripada yang ditengking. Yang ditengking itu adalah seorang pakcik dan yang menengking itu kelihatan seperti seorang yang berpendidikan.

Aduh! Belas saya melihat pakcik itu terpisat-terpisat menahan jerkahan. Melihatkan mukanya yang murung, saya jadi kasihan. Apalah salah pakcik itu sehingga orang itu tega menengking si tua itu. Mungkin orang itu tidak berniat untuk menengking tetapi kerana terlalu marah dia lupa bahawa orang yang di hadapannya itu adalah si tua yang perlu dihormati kerana usianya. Lupakah kita bahawa kita dididik untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita?

Pada saya, walau apa pun kesalahan pakcik itu, tidak perlulah kita memarahinya sehingga menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai. Sentiasalah mengawal perasaan amarah kerana syaitan amat suka melaga-lagakan manusia. Sifat orang beriman adalah sentiasa bersabar dalam segala hal.

Antara tips paling mudah untuk mengawal rasa marah ialah dengan sentiasa beristighfar. InsyaAllah apabila kita sentiasa memohon keampunan kepada Allah, dan sentiasa mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

Situasi itu mengundang pelbagai tafsiran umum. Apa yang pasti, ia mengundang kejengkelan masyarakat kerana kita (orang awam) menilai melalui apa yang kita perhatikan. 

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi yang indah itu bahasa. 
_____________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini. 
Hidup Biar Berjasa! (",) 
Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang

Friday, October 28, 2011

Bahasa Melayu lagi???


Hari ini terpampang lagi isu mengenai 'Martabatkan Bahasa Melayu di IPT' di dada akhbar Utusan Malaysia.

Saya amat setuju jika pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi dikendalikan dalam Bahasa Melayu kerana kita berada di Tanah Melayu (kini Malaysia) di mana bahasa rasmi kebangsaan adalah bahasa Melayu dan kita hendak mendidik generasi yang majoritinya orang Melayu (termasuk bumiputra).

Tidak perlu menginggeriskan semua kursus yang diajar di IPT semata-mata ingin melahirkan graduan yang boleh berbahasa Inggeris tetapi cetek ilmu pengetahuannya. Hanya sekadar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi tidak tahu mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya dalam kehidupan kerana ilmu itu tidak didalami sepenuh jiwa. Hanya dihafal untuk dimuntahkan semasa peperiksaan.


"Memartabatkan bahasa Melayu merupakan dasar negara ini. Ia telah dirumus sejak sebelum merdeka lagi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan ketetapan bahawa bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama dalam Penyata Razak. Itu menjadi asas semua akta berkaitan pendidikan sehingga sekarang," kata Dr. Awang Sarian, tokoh bahasa dan sejarah

Fokus kita adalah untuk melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan bukan graduan yang mahir berbahasa Inggeris. Ukuran kebijaksanaan pelajar bukanlah daripada kebolehannya berbahasa Inggeris tetapi kebijaksanaannya diukur menerusi penguasaanya terhadap ilmu yang dipelajarinya.

________________________________________________

Petikan Utusan Online: Martabatkan Bahasa Melayu di IPT

Pelan tindakan itu mempunyai empat strategi iaitu mengukuhkan bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran; mengukuhkan bahasa Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan; meningkatkan pengiktirafan akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu dan meningkatkan pengantarabangsaan bahasa Melayu.



Mohamed Khaled berkata, melalui pelan tersebut, usaha akan terus dipertingkat untuk menambah bilangan artikel berindeks dan bilangan penerbitan buku dalam bahasa Melayu.


“Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh IPT ialah dengan memperkukuhkan jurnal tempatan berbahasa Melayu berkualiti sehingga diindekskan dalam Scopus dan ISI,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, semua kursus wajib di universiti seperti Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara wajib dikendalikan dalam bahasa Melayu.


“Dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini, pihak kementerian meletakkan sasaran 30 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu bagi gugusan sains.


“Dalam tempoh yang sama juga, sasaran 70 peratus pengajaran dan pembelajaran adalah bagi gugusan sains sosial dan kemanusiaan,” katanya.


Beliau menambah, pihaknya juga akan mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi.


______________________________________________________________

Malaysia boleh mencontohi Jepun, Jerman, Belanda dan China di mana pelajar asing yang datang belajar di negara tersebut perlu belajar bahasa negara tersebut jika ingin menuntut ilmu di sana. Walaupun negara-negara tersebut tidak melaksanakan PPSMI (pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) tetapi mereka mampu untuk berada sebaris dengan negara-negara maju yang lain dengan  menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Jadi, saya kira dasar kerajaan ingin mewajibkan pelajar antarabangsa mempelajari Bahasa Melayu adalah suatu tindakan yang wajar malah memberikan kelebihan kepada mereka jika mereka boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Justeru apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia dalam menyokong dasar kerajaan yang ingin memartabatkan Bahasa Melayu? Saya kira sudah tiba masanya penggunaan bahasa pasar atau rojak dalam apa jua bentuk penulisan terutamanya penulisan blog,  dimansuhkan atau diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bersama-samalah kita mendaulatkan Bahasa Melayu.

Bahasa jiwa bangsa!!!

___________________________________
Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.

Hidup Biar Berjasa! (",)

Tempahan dibuka sekarang untuk D'Hana Homestay yang selesa di Seberang Jaya, Penang